13 April 2012

Henti bunuh rakyat sendiri, Obama gesa Presiden Syria

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Barack Obama secara terus-terang mengingatkan Presiden Bashar al-Assad agar berhenti daripada membunuh rakyat sendiri ketika negara itu mengikuti dengan rapat pelaksanaan gencatan senjata yang dikuatkuasakan di bawah pelan damai tajaan Utusan Khas PBB, Kofi Annan.

Dalam mesej secara langsung yang jarang-jarang ditujukan kepada Damsyik, Setiausaha Akhbar Obama, Jay Carney semalam memberitahu pemberita di White House bahawa:"Mesej kami kepada rejim Bashar ialah henti daripada membunuh rakyat sendiri."

"Hentikan keganasan. Tunjuk komitmen anda ke atas (penguatkuasaan) gencatan senjata. Beri komitmen penuh anda untuk melaksanakan sepenuhnya pelan Annan," katanya lagi.

Gencatan senjata dikuatkuasakan mulai awal pagi semalam.

Agency

Tiada ulasan: