13 Julai 2012

Mursi akur keputusan mahkamah

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Mursi menyatakan beliau menghormati keputusan mahkamah membekukan perintah beliau yang mengarahkan Parlimen bersidang semula pada Ahad lalu.

Kenyataan itu dikeluarkan bertujuan untuk meredakan kekusutan selepas Parlimen tetap bersidang walaupun menerima bantahan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Scaf) dan badan kehakiman negara tersebut.

Selasa lalu, mahkamah memaklumkan memutuskan untuk menyekat keputusan Presiden yang mahu Parlimen bersidang semula selepas ia dibubarkan, Jun lalu kerana didakwa tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.

Dalam perkembangan terbaru, Mursi, kelmarin tiba di Arab Saudi sempena lawatan pertama beliau ke luar negara untuk bertemu dengan Raja Abdullah bagi membincangkan isu politik dan ekonomi.

Sinar Harian

Tiada ulasan: