13 Julai 2012

Enam Pendaki Maut Dalam Runtuhan Salji

23 Syaaban 1433H. [MOD] -

PARIS: Sekurang-kurangnya enam pendaki terbunuh manakala enam lagi cedera dalam satu runtuhan salji di Pergunungan Alps, lapor pihak berkuasa pada Khamis.

Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan itu.

Dua helikopter turut digunakan untuk membawa mangsa yang maut dan cedera parah.

"Mereka yang cedera diterbangkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut," kata jurucakap pasukan penyelamat.

Kira-kira 28 pendaki dari beberapa negara dipercayai menyertai ekspedisi pendakian itu.

mstar-

Tiada ulasan: