25 Ramadhan 1433H. [MOD] -
BAGAN SERAI - Lebih 50 petani, di sini menyifatkan nyawa mereka bagai di hujung tanduk apabila tiang elektrik yang berada di tengah-tengah sawah masih tidak dipindahkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Justeru, petani di bawah Unit Masjid Tinggi ini menggesa TNB memindahkan lebih sepuluh tiang elektrik yang ditanam di tengah-tengah tanah sawah bagi memudahkan urusan menuai padi.
Timbalan Ketua Unit Masjid Tinggi, Muslan Mohd Hanafiah, 36, berkata, masalah itu berlarutan sejak tiga tahun lalu apabila syarikat berkenaan berjanji untuk memindahkan tiang elektrik tersebut setelah pemasangan tiang elektrik baru siap di sepanjang jalan ban masuk ke kampung Parit Haji Ali, di sini.
Bagaimanapun, sehingga kini usaha pemindahan tiang elektrik itu masih tidak dilaksanakan dan ia menyukarkan petani menuai padi, lebih-lebih lagi dengan keadaan kabel elektrik yang semakin mengendur.
“Keadaan lebih berbahaya buat pengguna jentera padi yang bimbang kemungkinan berlaku renjatan elektrik.
“Selain itu, petani turut berhadapan dengan kemungkinan gagal menuai sepenuhnya disebabkan bimbang keselamatan diri dan perkara itu pasti merugikan kami,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini.
Pemandu mesin padi, Khairul Anuar Jamhari, 32, berkata, masalah kewujudan tiang elektrik itu melibatkan keluasan kawasan kira-kira 40 hektar dan berjarak hampir 1.5 kilometer.
Menurutnya, TNB perlu segera memindahkan tiang elektrik itu memandangkan musim menuai padi sudah tiba dan pihaknya tidak mahu berdepan risiko kehilangan nyawa akibat keadaan kabel elektrik yang kendur.
“Perkara ini pernah diadukan kepada syarikat berkenaan, bagaimanapun mereka menyatakan akan melaksanakan kerja pemindahan apabila sudah mempunyai peruntukan.
“Bagaimanapun, sudah beberapa bulan sejak aduan dikemukakan, kami masih belum melihat sebarang usaha pemindahan dan perkara ini sudah pasti merunsingkan kami, ”katanya.
Sementara itu, sumber dari TNB Bagan Serai ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima aduan petani mengenai keadaan tiang elektrik yang masih belum dipindahkan.
Menurutnya, satu kertas kerja disiapkan bagi tujuan pemindahan tiang elektrik itu membabitkan peruntukan sejumlah RM9.8 juta dan projek itu membabitkan 38 lokasi di seluruh daerah ini.
“Kerja-kerja pemindahan tiang elektrik ini masih belum dilaksanakan disebabkan ia melibatkan elektrik bervoltan tinggi yang memerlukan kos kerja yang tinggi.
“Setakat ini, kertas kerja mengenai perlaksanaan projek itu sudah disiapkan dan kami hanya menunggu kelulusan peruntukan daripada TNB Pusat bagi memulakan projek berkenaan,” katanya.
Katanya, projek pemindahan tiang elektrik itu dijangka akan bermula awal tahun hadapan dan berharap masalah dihadapi petani akan selesai segera.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan