23 Oktober 2012

DHPP tekad menangkan calon PAS di Sabah

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -




KOTA KINABALU:
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Sabah kali ini dilihat lebih menarik apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini telah menyatakan kesediaan menggerakkan jentera mereka membantu PAS.

Mereka yang kini disertai lebih 3,000 ahli di sini, bakal membantu calon PAS yang bertanding di beberapa kawasan, khususnya dalam usaha menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Naib Ketua (Kaum Cina) DHPP Pusat, Vincent Lee berkata, pihaknya kini memberi tumpuan di beberapa kawasan yang dikatakan akan ditandingi calon PAS termasuk di Dun Pitas yang terkenal sebagai kawasan paling miskin di Sabah.

Mereka akan turun sebagai pasukan yang akan memberi penjelasan berhubung isu agama yang sering dimainkan BN kepada pengundi bukan Islam khususnya isu hudud yang diperjuangkan PAS.

"Bagi kita, rakyat Sabah tidak ada pilihan lain selain memilih calon PAS dan Pakatan Rakyat jika mahu merubah nasib mereka dan negeri ini

"Ini kalilah, rakyat Sabah perlu membuat perubahan demi masa depan mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Di Dun Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Paling menarik, DHPP di Pitas seperti yang dilaporkan Harakahdaily sebelum ini digerakkan oleh seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor, Otou @ Francis Singoron.

Sabtu lalu, DHPP juga turut melancarkan tabung pilihan raya peringkat Sabah untuk membantu gerak kerja calon PAS di Pitas yang disempurnakan sendiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pelancaran itu dibuat sempena program Konvensyen Politik Baharu Sabah yang buat pertama kalinya disertai semua parti dalam Pakatan Rakyat.

Ianya termasuk Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai Datuk seri Panglima Lajim Ukin serta Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing serta bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong yang kini menyertai PKR.

Sebagai permulaan, tabung ini telah menerima sumbangan awal dari Semenanjung sebanyak RM2,000.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr. Siti Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja pernah melawat ke Pitas baru-baru ini.

Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya di sini.

Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.

Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja.

Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, bolehlah memberikan sumbangan terus ke akaun Ambank Islamic Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073.

harakah/-

Tiada ulasan: