23 Oktober 2012

Menteri Undang-Undang Jepun yang baru letak jawatan

7 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

TOKYO: Media di Jepun melaporkan Menteri Undang-Undang yang baru, Keishu Tanaka (Gambar)sudah meletakkan jawatan selepas dikaitkan dengan isu kehadirannya pada majlis perkahwinan seorang ketua samseng dan mengambil dana politik.  


Tanaka dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya hari ini, iaitu selepas tiga minggu dilantik. Beliau kini dirawat di hospital kerana menghidap masalah jantung. 





Tanaka didakwa menerima dana sumbangan politik yang dipertikaikan dan pernah menghadiri majlis perkahwinan seorang penjenayah terkenal 30 tahun lalu. 



Pengunduran Tanaka dikatakan memberi tamparan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Yoshihiko Noda yang kini sedang mendapatkan sokongan dan undi bagi menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi. - AP

Tiada ulasan: