19 November 2012

Lima penjawat awam ditahan

5 Muharram 1433H. [MOD] -

Wan Zahari Wan Busu
Wan Zahari Wan Busu
 
KUANTAN - Lima penjawat awam ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes menyamar polis sebelum melakukan peras ugut ke atas tiga pekerja warga Bangladesh, termasuk seorang wanita di sebuah rumah kongsi Batu 33, dekat Ringlet, Cameron Highlands, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, suspek berusia antara 23 hingga 30 tahun merampas wang tunai RM5,700 daripada mangsa yang berusia 23 hingga 45 tahun sebelum menculik wanita terbabit dan dibawa ke sebuah premis di kawasan Tanah Rata.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, wanita terbabit diikat dan dikurung dalam sebuah bilik sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Menurutnya, selepas memuaskan nafsu masing-masing, suspek menghantar dan melepaskan mangsa yang berusia 23 tahun itu berhampiran kawasan rumah kongsi sebelum ini.

“Sebelum itu, kedua-dua lelaki Bangladesh yang menjadi mangsa terserempak dengan anggota polis Unit Ronda lalu memaklumkan berhubung kejadian, disusuli dengan satu laporan polis.

“Hasil siasatan yang dijalankan, polis berjaya mengenal pasti dan menjejaki suspek sebelum kesemua mereka berjaya diberkas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Wan Zahari berkata, suspek ditahan reman selama seminggu sehingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan pemerasan, Seksyen 170 KK (menyamar penjawat awam), Seksyen 365 KK (culik) dan Seksyen 376 KK (rogol),” katanya.

sinar/-

1 ulasan:

antahberantah berkata...

Penyelesaiannya....HUDUD