28 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 11 Dis: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih membisu terhadap laporan
KEADILAN mengenai kes rasuah RM40 juta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Musa Aman dan taikun balak, Michael Chia.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 25 Oktober lalu
mendesak BNM menyiasat Musa, Chia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Nazri Aziz dan pemimpin Umno yang terlibat dalam skandal itu.
Rafizi
turut melaporkannya ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 5
November lalu mendesak Nazri disiasat kerana keluarganya mendapat
manfaat dengan tujuan mempengaruhi keputusan membersihkan nama Chia.
“Sehingga kini saya belum menerima apa-apa perkembangan dari BNM dan
SPRM. Kami masih menunggu apa tindakan mereka berhubung laporan kami,”
katanya kepada Keadilan Daily.
Rafizi berkata, BNM perlu menyiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AML) kerana sumber wang itu
meragukan.
Mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang sendiri,
atau melalui, atau bersama mana-mana orang lain secara rasuah, atau
menerima, atau bersetuju menerima bagi dirinya, atau mana-mana orang
lain, telah melakukan kesalahan rasuah.
“Penyelewengan dalam sektor perbankan dan kewangan tidak wajar
diambil mudah kerana aktiviti pengubahan wang (money laundering) beri
kesan besar kepada reputasi BNM sebagai pusat kewangan antarabangsa,”
katanya.
“Sejak 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah menafikan skandal itu,” kata Rafizi.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan