12 Disember 2012

Lagi serangan maut selatan Thailand

28 Muharram 1433H. [MOD] -

NARATHIWAT - Sekumpulan puak pemisah bertindak menembak ke dalam sebuah kedai teh menggunakan senapang AK47 dan M16, menyebabkan tiga terbunuh termasuk seorang bayi serta mencederakan lima yang lain, semalam.

Pegawai bertugas, Kapten Boonsak Noomad berkata, kejadian di daerah Rangae itu berlaku kira-kira jam 7.13 pagi.

Menurutnya, polis dan tentera yang bertugas menjumpai sekurang-kurangnya 40 kelongsong peluru yang bertaburan di hadapan kedai berkenaan dipercayai milik penyerang.

"Pasukan penyelamat kini melancarkan operasi memburu suspek yang dipercayai menjadi ahli pemisah yang diketuai Amran Ming," katanya.

Amran merupakan suspek yang bertanggungjawab terhadap beberapa serangan berdarah di Bor-ngor.

Lebih 5,000 penduduk selatan Thailand terbunuh dan 9,000 cedera dalam 11,000 serangan sejak tercetusnya perbalahan di wilayah Songkhla pada Januari 2004 lalu. - BangkokPost

Tiada ulasan: