27 Safar 1433H. [MOD] -
JOHOR BAHRU
8 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) bakal gempur tembok Johor untuk ke
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Pengerusi KEADILAN
Negeri, Datuk Chua Jui Meng.
Menurutnya, satu
mesyuarat khas Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) diadakan hujung
minggu lalu untuk meneliti jentera pilihan raya bagi memenangi PRU 13.
Beliau percaya, KEADILAN boleh bantu kemenangan Pakatan menawan negeri kubu kuat Umno itu dan membentuk kerajaan Pusat.
Jui
Meng (duduk tengah) bersama (duduk dari kiri) Mohd Khuzzan, Tan Yen
Ming, Steven Choong, Dr Ahmad Faidhi, Hassan Karim, Syed Hamid Ali,
Saadon, Willham Siau dan pemimpin KEADILAN Johor ucap Selamat Tahun Baru
Cina kepada semua rakyat.
“Berdasarkan
maklumat sedia ada, Pakatan Rakyat akan memenangi cukup kerusi Parlimen
sekaligus tawan Putrajaya,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada
Keadilan Daily.
Sementara itu, Timbalan
Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri,
Steven Choong berharap rakyat buat pilihan tepat untuk menentukan
jaminan masa depan.
“Bagi rakyat Malaysia, ini
kalilah pilihan raya yang tidak boleh diabaikan. Setiap undi akan
menentukan masa depan kita dan generasi akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru para pengundi keluar awal pada hari mengundi untuk mengelakkan kecurangan pilihan raya.
“Jika
kadar pengundi keluar mengundi boleh sampai 90 peratus, manakala
pengundi yang bekerja di luar bandar turut balik mengundi, ia akan
mengurangkan kesan kecurangan pilihan raya,” katanya.
Hadir
sama, Ahli Majlis Pimpinan Pusat merangkap Ketua Penerangan Negeri,
Syed Hamid Ali; Timbalan Pengerusi Negeri, Dr Ahmad Faidhi Saidi; tiga
Naib Pengerusi Negeri; Hassan Abdul Karim, Liew Voon Chew dan Selva
Kumaran.
Turut serta, Bendahari Negeri, Tan Poh
Lai; Pengarah Strategi Negeri, Saadon Abdullah; Pengarah Biro Guaman
Negeri, Jimmy Puah; Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Negeri, Tan Yen
Ming; Setiausaha Pengelola Negeri, Zabidie Abas; Timbalan Pengarah
Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar; Setiausaha
Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Willham Siau dan Setiausaha Kerja
Negeri, Yuneswaran Ramaraj.
Dalam perkembangan
berkaitan, Pusat Media KEADILAN Johor di Bandar Baru UDA, sebagai tempat
rasmi untuk semua sidang media dilancarkan.
selatan online/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan