Telefon pintar paling nipis di dunia
PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model
baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di
dunia, lapor laman web infomobile.
Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari
pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika
Syarikat (AS) kelmarin.
Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan
dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian
Android 4.1 Jelly Bean.
Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini
sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan