27 April 2013

10 maut letupan bom di pejabat parti di Pakistan

16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KARACHI: Sekurang-kurangnya 10 maut manakala 11 lagi cedera apabila sebuah bom kereta meledak di pejabat sebuah parti politik di pusta komersial di Karachi, lewat petang semalam. 

Letupan kuat itu berlaku sebelum seorang calon Parti National Awami dijadaul mengadakan satu mesyuarat menjelang pilihan raya bulan depan di daerah Mominabad. 

Bashir Jan yang bertanding bagi kerusi Parlimen bagaimanapun terselamat, demikian menurut anggota parti itu, Qadir Khan. 

Letupan itu boleh didengari sehingga beberapa kilometer dengan beberapa kedai dan rumah turut rosak. - AFP 

Tiada ulasan: