27 April 2013

Kamilia Ibrahim beri penjelasan sebab tanding Bebas

16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

 Kamilia Ibrahim

Kamilia Ibrahim
KUALA KANGSAR - Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menegaskan, beliau bertanding sebagai calon Bebas bagi memberi pengajaran kepada kepimpinan Umno agar tidak memandang rendah peranan wanita apabila tiba masa untuk memberi pengiktirafan sewajarnya.

Kata Kamilia, sewajarnya hierarki tertinggi perlu diberi pertimbangan dalam sesuatu perjawatan atau kedudukan terutama kepada individu yang setia kepada parti.

"Saya menegaskan bahawa dalam Umno perlu diberi pengiktirafan kepada kedudukan (hierarki). Inilah sumbangan terakhir dan terbesar Umno dan BN agar tidak berlaku di mana wanita tidak diberi pengiktirafan.

"Apabila terima rintihan wujud wanita berkeupayaan, setia sekian lama tetapi apabila tiba kenaikan pangkat, wanita kadangkala diketepikan," kata beliau pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Sinar/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

.....untuk beri pengajaran? pengajaran apa? jgn perasanlah kau ingat kau boleh menang ke? blh blah