27 April 2013

Tian Chua bidas Zahid, kenapa tunggu lepas pilihan raya

16 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Naib Presiden PKR mahu Menteri Pertahanan mendedahkan sekarang siapa tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang kumpulan bersenjata di Lahad Datu, 9 Februari lalu.
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR yang bertanding di kerisi parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mendedahkan maklumat mengenai tiga pemimpin pembangkang menjadi dalang kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, selepas pilihan raya umum 5 Mei ini.

Segala kenyataannya seolah-olah kenyataan peribadi sahaja untuk mempolitikkan isu tersebut, katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tian Chua menambah, pencerobohan militan Sulu di Sabah adalah perkara yang amat serius, Zahid tidak perlu menunggu sampai tempoh pilihan raya untuk memberitahu siapa dalangnya.
Beliau membidas Zahid seolah-olah memperkecil-kecilkan jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan semata-mata kerana mahu menimbulkan perasaan dan suasana takut menjelang PRU13.
Tian Chua menggesa Zahid tampil ke hadapan dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan yang jelas berbau politik kotor untuk menakutkan rakyat.
“Beliau secara jelasnya memperolokkan soal keselamatan negara semata-mata untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 ini.
“Kenyataan beliau merupakan sebuah kenyataan dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya.
“Beliau memalukan nama negara di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam hubungan Malaysia dan Filipina kerana menunjukkan bahawa beliau Menteri Pertahanan yang tidak profesional dan tidak cekap dalam melaksanakan tugasnya,” katanya lagi.
Zahid terlalu taksub
Tian Chua berpendapat Zahid mengambil peluang itu kerana terlalu taksub hendak mencapai objektif politiknya.
Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk mengambil tindakan ke atas Zahid, nyata Najib juga memandang ringan akan soal keselamatan negara.
Khamis lalu akhbar melaporkan Zahid menyatakan 35 orang militan Sulu telah ditembak mati oleh tentera laut negara Filipina pada hari Rabu kerana enggan mematah balik ke negara Filipina.
Beliau turut menyatakan bahawa mereka cuba untuk memasuki negeri Sabah untuk menimbulkan masalah sewaktu PRU13 ini.
Tian Chua berkata, walhal, menurut pihak tentera Filipina, dakwaan oleh Menteri Pertahanan Malaysia itu tidak benar sama sekali.
Menurut pihak tentera Filipina, kata Tian Chua mereka tidak menerima sebarang laporan yang mengesahkan dakwaan tersebut.
FMT/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

zahid tangguh siapa 3 dalang dari pembangkang kerana dalang2 itu adalah PM Najib, Mahathir dan hishamuddin kerana selepas PRU ini dalang2 tersebut akan jadi pembangkang. Selepas PRU ketrajaan PR akan mengarahkan peguam negara yang baru dilantik oleh PR untuk membuka kertas siasatan

Tanpa Nama berkata...

Betul lah tu Tian Chua oi , zahid akan dedahkan lepas pilihan raya nanti , kerana 3 orang pemimpin pembangkang tu ,bila lepas pilihan raya nanti ia lah dari UBN ( lepas pilihan raya nanti UBN ada lah pembangkang )