08 April 2013

Nong Chik diminta isytihar harta selepas dakwaan

27 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ekoran dakwaan memiliki syarikat luar pesisir, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin diminta isytiharkan hartanya.

Permintaan ini di buat badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) bagi membukti beliau tidak bersalah.

Raja Nong Chik (gambar) kerap muncul di akhbar bahasa Cina baru-baru ini, beliau membeli iklan dengan bentuk temubual atau bentuk laporan eksklusif (advertorial) untuk menggalakkan pencapaian politiknya.

Cara pengiklanan adalah berbeza daripada cara-cara tradisional yang hanya mempunyai gambar calon yang tersenyum dan slogan progressive.

Jenis pengiklanan beliau membolehkan pembaca salah faham sebagai temuduga, turut mengabaikan laporan tersebut berunsur pengiklanan.

Walau bagaimanapun, selepas para pengundi habis membaca akhbar berkenaan dan turut ditarik oleh pengiklanan serta memuji calon tersebut.

Baru-baru ini Malaysiakini mengutarakan satu laporan eksklusif mendedahkan bahawa Raja Nong Chek mempunyai syarikat luar pesisir.

Walaupun syarikat luar pesisir rahsia boleh mempunyai urus niaga perdagangan biasa, namun, apabila aliran keluar haram Malaysia menghampiri RM1 trillion dalam 10 tahun ini, iaitu tahun 2000 hingga 2010, ia menimbulkan tanda tanya.

Ia tidak boleh menghalang orang awam mengesyaki syarikat luar pesisir berkait rapat dengan pengendalian aliran wang haram dan juga disyaki terlibat dengan pengelakan cukai.

Namun dalam kenyataannya, Raja Nong Chik turut menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai syarikat luar pesisir.
Beliau menjelaskan bahawa syarikat tersebut dilaburkan oleh bapanya, dan bapanya juga tidak memaklumkan kepadanya sebagai pemegang saham tentang syarikat tersebut.

Maka, Raja Nong Chik menegaskan bahawa syarikat tersebut akhirnya ditutup dan tidak digunakan untuk aktiviti yang kabur dan bertujuan mengelakkan cukai atau menyembunyikan urus niaga luar negara.

"KPRU berpendapat, Raja Nong CHik sukar membersihkan namanya jika tidak melaksanakan pengisytiharan harta sebagai bukti.

"Oleh demikian, KPRU menggesa Raja Nong Chik mengemukakan butiran harta untuk membuktikan ketelusan dan kejujuran beliau sebagai seorang ahli politik yang telah dicalonkan bertanding di Lembah Pantai," kata KPRU dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan awal, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghabiskan penapisan calon-calon BN untuk memastikan bahawa calon-calon yang berkenaan tidak mempunyai rekod rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengerusi  BN, Najib telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya oleh Transparency International- Malaysia (TI-M) pada bulan Februari 2013, bagi menetapkan calon yang akan bertanding pada pilih raya umum akan datang perlu mematuhi prinsip benar, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, dan tidak menerima atau memberi rasuah, atau terlibat dalam mana-mana amalan rasuah.

Walau bagaimanapun, calon BN, Raja Nong Chek berhadapan dengan dakwaan syarikat-syarikat luar pesisir rahsia yang berkaitan pengendalian aliran wang haram pengelakan cukai.

Ketua Menteri Sarawak juga didakwa oleh organisasi antarabangsa bahawa terlibat dalam tuduhan rasuah.

"Oleh itu, KPRU menggesa BN untuk memenuhi semangat Ikrar Integriti Pilihanraya, mengetepikan calon yang disyaki terlibat dalam mana-mana dakwaan untuk menunjukkan kesungguhan BN untuk mempertahankan prinsip benar dan integrity," kata kenyataan itu.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: