24 April 2013

PKR mahu SPR beri penjelasan kertas undi awal polis

13 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
PETALING JAYA - Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwaan yang mengatakan badan tersebut telah mengedarkan kertas undi awal kepada pihak polis semalam.

Sedangkan dakwa beliau, kertas undi tersebut sepatutnya diedarkan hari ini.

"Persoalannya sekarang, mengapa SPR mengeluarkan kerta undi itu lebih awal kepada pihak polis?

"Kami juga mendesak SPR memberi penjelasan apabila kertas undi dikeluarkan, bagaimanakah ia disimpan, siapa yang menjaganya dalam memastikan kertas undi itu tidak dimanipulasikan?" kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, haei ini.

Ketika ditanya media mengenai maklumat mengenai edaran kertas undi itu, Dr Wan Azizah mendakwa beliau mendapati maklumat itu dikeluarkan menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, dalam sidang media di Bukit Aman pagi tadi, pihak polis telah memberi amaran keras kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan fitnah mengatakan pasukan keselamatan itu mengundi awal semalam, bukan pada tarikh yang ditetapkan iaitu 30 April.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohammed Yoosuf berkata, individu yang menyebarkan berita tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

sinar/-

1 ulasan:

XUMNO berkata...

Bukan kutip berita dari awang2, tapi dari laman web PDRM, jadi polis jangan tuduh sebarangan dan cuba nak ugut rakyat yang maukan penjelasan dari SPRM. Ini hak rakyat.Rakyat tak mahu ditipu berpuluh2 kali, setiap kali pilihanraya diadakan. Bukankah telah berapa ramai bekas polis dan asykar mendedahkan tak pernah mengundi semasa dalam perkhidmatan, tapi kertas undi telah terpangkah.