14 Mei 2013

Abdul Khalid selesai angkat sumpah MB S'gor

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang  pagi ini.

Perkara itu turut dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan di twitter beliau sebentar tadi.

"Alhamdullilah, selamat angkat sumpah sbg MB. Terima kasih atas segala sokongan. 

"Cadangan rakyat diterima baik dan usaha kita akan digandakan," katanya.


Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Semalam, Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam berkata, barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: