07 Mei 2013

Kuala Kangsar, Catatan Idham Lim (2)

"Saya telah tawarkan yang terbaik untuk Kuala Kangsar namun semuanya mesti akur dengan keputusan yang tidak memihak kepada kita"

26 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Di pagi 5 Mei yang bersejarah saya bergerak dengan 3  kenderaan dari Kediamann di Kuala Kangsar ke Pusat pembuangan undi di Kampung Parit Tok Ngah untuk menunaikan amanah sebagai pengundi yang masih berdaftar dalam Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong, itulah kampung halaman isteri tercinta. 

Tujuan pertama ialah balik bersarapan di rumah ibu mertua yang letaknya tidak jauh dari SMK Agama Al Falah tempat kami akan mengundi. Di sana saya sempat untuk solat dhuha dan mohon doa restu dari ibu kesayangan supaya diberikan kemenangan yang diharapkan.

Keyakinan di Kuala Kangsar juga berada pada saudara dan rakan seperjuangan di Parit Tok Ngah yang merasakan kemanangan sudah hampir untuk Idham Lim di Kuala Kangsar.

Selepas mengundi kami bergegas kembali ke Kuala Kangsar. Di dalam perjalanan telefon berdering dari seorang penyokong kuat dari Taiping yang sangat berhajat untuk memberi sedikit sumbangan, melihat kepada masa yang ada saya gagahkan bersama rombongan keluar dari tol Changkat Jering dan menuju ke Masjid Daerah Taiping tempat yang dijanji untuk kami bertemu.

Pelukan dari penyokong kuat itu dan anaknya sangat mesra dan erat sekali sambil mereka membisikan kemenangan yang mereka rasakan sudah hampir untuk Idham Lim, demikianlah harapan semua pihak.

Sejak dua hari sebelum mengudi sehinggalah di pagi dan sepanjang hari 5 Mei saya dihujani dengan banyak SMS dan panggilan dari rakan seperjuangan seluruh negara mendoakan kejayaan dan kemenangan yang meraka rasakan akan berpihak kepada saya.

Jam 10.00 Pagi saya sampai di pusat mengundi yang pertama dari keseluruhan 23 pusat mengundi yang ada dalam parlimen Kuala Kangsar yang dijadualakan oleh Bilik Operasi untuk saya lawati semuanya.

Dari pusat mengundi yang pertama hinggalah yang terakhir pada jam 5.30 petang di pusat mengundi SMK Sayong, keseluruhannya memberi jawapan dan harapan yang sama betapa mereka merasakan kemenangan sudah hampir untuk Idham Lim.

Antara yang menarik dalam lawatan ke 23 pusat mengundi itu saya sempat di ambil rakaman oleh rakan medai elektronik yang menunggu lawatan saya di SMK Clifford. Selain itu saya bertembung dan sempat bersalaman 2 kali dengan calon BN di SK Talang dan Di Pusat mengundi Ulu Piul Manong. Sempat kami bergambar bersama dalam suasana akrab dan disaksikan oleh penyokong kedua belah pihak.

Dengan rasa pasrah dan berserah kepada Allah SWT bila pusat mengundi ditutup sejak jam 5 petang saya dan rombongan balik ke kediaman.

Terima kasih kepada segala harapan doa yang kita panjatkan untuk kemenangan Kuala Kangsar. Sesungguhnya ketentuan dari Allah itulah yang sebenarnya dan saya pasrah kepada Nya. Seperti yang saya nukilkan dalam kenyhataan saya semalam,:-


"Saya dengan berbesar hati menerima keputusan tersebut dan juga berharap kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat menerimanya sebagai satu lumrah dalam pertandingan. Sebenarnya perjuangan kita memperjuangkan kebenaran dan agama Allah, itulah kemenangan yang sebenarnya.

Alhamdulillah kita sama-sama bekerja keras untuk P67 Kuala Kangsar, N34 Bukit Chandan dan N35 Manong, namun ketentuan dari Allah wajib kita terima dgn tenang dan sabar, perjuangan mesti kita teruskan, jangan kecewa dan putus asa. "


Selepas berjemaah Maghrib dengan keluarga di kediaman Chandan Puteri saya bergegas ke Bilik Operasi PRU 13 PAS Kuala kangsar yang berada di Bukit Chandan. Walaupun dalam keadaan agak keletihan saya dengan berbaju melayu kuatkan semangat dengan team keselamatan ke sana untuk melihat penjumlahan awal berdasarkan Borang 14 yang dibawa oleh semua petugas UPU PAS.

(bersambung......)

1 ulasan:

Awanama berkata...

Yang kalah tu bukanya lemah dan yang menang tu memang la kuat, kuat menipu...!!! TAKBIR...!!!! jgn brputus asa teruskan perjuangan demi MALAYSIA trcinta.