19 Jun 2013

Air: MB Selangor jumpa kementerian minggu depan

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perbincangan awal mengenai penstrukturan semula industri air dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dijangka akan diadakan minggu depan.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid memaklumkan satu temujanji sudah diatur oleh pejabatnya dengan pihak kementerian.

Katanya, pertemuan antara pihak kementerian itu akan dihadiri oleh beliau sendiri.


“Seperti yang kita tahu, Menteri Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini menyatakan persediaan untuk bertemu saya bagi membincangkan perkara ini.

“Oleh itu, saya akan bertemu dengan pihak Kementerian minggu depan,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Cheque daripada penaja-penaja Kejohanan Golf Worlwide Holdings di Kelab Seri Selangor, di Damansara, semalam.

Abdul Khalid menambah temujanji itu akan diadakan sebagai permulaan awal sebelum perbincangan terperinci mengenai isu itu.

Proses penstrukturan semula industri air dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat tahun lepas sebagai usaha mengambilalih operasi bekalan, rawatan dan pengedaran daripada empat syarikat swasta.


Kerajaan negeri telah menawarkan RM9.65 bilion untuk mengambilalih empat syarikat tersebut dan setakat ini mereka telah memberi respons positif terhadap tawaran itu.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Mudahkan urusan air untuk kemudahan rakyat. Isu politik sudah selesai, lihatlah pula kebajikan rakyat.