19 Jun 2013

Budak 13 tahun didakwa sebabkan kematian adik meniru aksi gusti

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -


NEW ORLEANS: Seorang budak berusia 13 tahun dari pinggir bandar New Orleans menghadapi tuduhan membunuh adik perempuannya berusia lima tahun selepas memberitahu penyiasat ia kerap melakukan kekasaran meniru aksi gusti melalui televisyen. 

“Budak 13 tahun itu memberitahu dia mula meniru aksi 'WWE' dengan melakukannya kepada adiknya itu," kata Kol. John Fortunato di pejabat Sheriff Jefferson Parish dalam satu kenyataan hari ini. 

Aksi itu termasuk sering menghempas adiknya di atas katil, menumbuknya di perut, melompat dan mengiku adiknya. 

Siasatan koroner menunjukkan, kanak-kanak perempuan itu mati disebabkan beberapa kecederaan, termasuk patah tulang rusuk, pecah hati dan pendarahan dalaman. 

Dalam satu kenyataan hari ini, WWE merakam takziah kepada keluarga mangsa dan amat prihatin kes kematian seumpama itu boleh menjejaskan industri berkenaan. 

“Pihak berkuasa sudah mendakwa tertuduh atas tuduhan membunuh kelas kedua dan mengenal pasti ia bukan kematian mengejut disebabkan aksi gusti," katanya. - AP 

Tiada ulasan: