19 Jun 2013

Mustapa sokong lapangan terbang dinaik taraf

10 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-


KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini menyatakan sokongan terhadap permohonan kerajaan negeri menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.


Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dun Kelantan menyokong usaha tersebut.

Sebelum itu anggota Exco, Hanifa Ahmad ketika menjawab soalan tambahan Mustapa (BN-Ayer Lanas) berharap mendapat sokongan Adun BN bagi membolehkan lapangan terbang berkenaan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.



“Terima kasih di atas sokongan itu. Setidak-tidaknya pada tahun hadapan penerbangan jemaah haji boleh diadakan terus dari Kota Bharu ke Jeddah.

“Jadi kita mengharap Kementerian Pengangkutan meluluskan permohonan Kelantan dengan sokongan padu Adun-Adun BN,” katanya ketika menjawab soalan asal Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) pada persidangan Dun.

Katanya, kerajaan negeri memohon landasan kapalterbang dapat dipanjangkan daripada 2,400 meter sekarang kepada 3,400 meter bagi membolehkan Boeing 747 dan Airbus mendarat.

Menurutnya juga landasan tersebut pada 2011 sudah dinaik taraf daripada 1,980 meter kepada 2,400 membabitkan kos sebanyak RM45.5 juta.

Bagaimanapun kata beliau Firefly sudah mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura sebanyak empat kali seminggu bermula Ramadan lalu.

“Kerajaan negeri juga memohon bagi membolehkan diadakan penerbangan terus ke Medan, Indonesia. Namun ia bergantung kepada potensi perniagaan oleh syarikat penerbangan,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, projek pembangunan hartanah di Bandar Baru Tunjung yang diterima sekarang bernilai RM1.69 bilion.

Katanya, projek tersebut termasuk syarikat Sara Timur Sdn Bhd yang dikenali sebagai Legenda Tunjung dianggar membabitkan kos RM1.2 bilion.

Selain itu pelaburan Mydin Holdings sebanyak RM250 juta dan syarikat lain mewujudkan autocity bernilai RM40 juta.

Sebanyak tujuh projek pembangunan akan dibangunkan di Tunjung di bawah penyelarasan Tunjung Development Sdn Bhd.


“Jabatan dan agensi-agensi kerajaan pusat juga membina pejabat di Bandar Baru Tunjung,” katanya ketika menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong)
.

1 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Kalau kerana pusat boleh memberi kerjasama degnan kerajaan negeri mengikut saluran yang betul, pasti negeri kelantan lebih maju daripada negeri lain.