26 Jun 2013

Speaker Dewan Rakyat tolak usul tergempar mengenai jerebu

17 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar bagi membahaskan isu jerebu yang dibacakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat  kerana ia disifatkan melanggar peraturan mesyuarat ketika sidang membahaskan isu titah Yang di-Pertuan Agong. 
Usul yang dibacakan Ahli Parlimen Kulai, Teo Ni Chiing sebentar tadi turut ditolak kerana Speaker menegaskan sebarang usul tergempar boleh dibahaskan sekiranya kerajaan Malaysia tidak melakukan apa-apa tindakan bagi menangani masalah itu. 

"Sekarang ini kerajaan sudah melakukan tindakan susulan dengan mengumumkan penutupan sekolah
dan beberapa tindakan lain. 

"Selain itu, punca jerebu adalah daripada Indonesia dan bukan dari Malaysia. Tidak perlulah kita bahaskan usul yang membabitkan Indonesia iaitu negara jiran yang mempunyai hubungan rapat dengan kita," katanya ketika menolak usul tergempar membahaskan isu jerebu pada sidang Dewan Rakyat Penggal Pertama Parlimen Ke-13 di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan: