11 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Lebih 20,000 Penyokong PAS, Umno Sertai Hari Penamaan Calon

2 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

BESUT: Polis menjangkakan lebih 20,000 penyokong parti bertemu di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda pada Jumaat bagi memberi sokongan kepada calon mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohamad Zakaria berkata, laluan telah ditetapkan kepada para penyokong Umno dan PAS untuk berarak ke pusat itu.
Katanya, penyokong PAS akan menggunakan laluan dari Pejabat Agama Besut manakala penyokong Umno akan berjalan dari tempat letak kereta stadium mini ke kompleks.
“Para penyokong bagi kedua-dua parti akan diasingkan dengan jarak 100 meter antara satu sama lain.
“Ini adalah penting untuk memastikan keadaan aman di kedua-kedua pihak,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis di sini, Khamis

Tiada ulasan: