05 Ogos 2013

Ibu Revolusi' disekat masuki Mesir

27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Pihak berkuasa Mesir menyekat pemenang hadiah Nobel Keamanan dari Yaman, Tawakul Karman - penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan - daripada memasuki negara itu pada Ahad.

  • Beliau juga dihantar pulang melalui penerbangan ke Dubai, menurut sumber keselamatan.

    Agensi berita nasional Menamelaporkan, Karman yang sebelum ini mengumumkan solidariti bersama penyokong Mursi termasuk dalam senarai yang dilarang memasuki Mesir.

    Jurucakap Ikhwanul Muslimin berkata, Karan sebelum ini pernah menyertai tunjuk perasaan di Kaherah bagi menuntut presiden yang digulingkan tentera sebulan lalu dikembalikan ke tampuk kekuasaan.

    Menurut Tiwtter Karman pada Ahad, penulis dan aktivis itu ditahan di lapangan terbang Kaherah dan dilarang menyertai perhimpunan.

    Beliau dihantar kembali ke kapal terbang yang sama membawanya masuk, menurut sumber.

    Tindakan itu dikritik Ikhwan dan menyifatkan langkah ini mirip amalam semasa pemerintahan autokrat Hosni Mubarak.

    "Kerajaan nampaknya mengamalkan semula amalan keselamatan negara Mubarak," kata Yasser Ali, seorang pemimpin Ikhwan dan bekas jurucakap presiden.

    Karman, 34, ibu kepada tiga anak, merupakan simbol penting dalam kebangkitan Yaman 2011.
    Beliau wanita pertama Arab yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

    Karman juga digelar, "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi".

    Anggota parti Islam besar di Yemen, Islah, Karman menyifatkan penggulingan Mursi sebagai "rampasan kuasa" dan "tamparan kepada demokrasi".

    - Reuters





Tiada ulasan: