05 Ogos 2013

Penganalisis: Pembunuh upahan serendah RM1,000

NONE
27 Ramadhan 1434 H. [MOD] -



Selepas beberapa hari akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan di Malaysia boleh diupah dengan harga RM5,000, akhbar tempatan Malaysia melaporkan harganya rendah daripada itu.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000 yang mana secara ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper bahawa 'death is cheap' di Malaysia.





Dalam temubual melalui soal jawab dengan akhbar itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya jika 'faktor upah pembunuh upahan dikatakan serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuhan menggunakan senjata api'.

"Ya, tetapi bukan faktor itu sahaja. Kini senjata api boleh disewa dengan kadar harga yang murah. Malah ada senjata api daripada negara luar, yang terpakai boleh dibeli dengan harga yang lebih murah iaitu pada kadar RM700 ke bawah," katanya.

Akhbar yang juga presiden Transparency International-Malaysia berkata ramai orang tempatan mempelajari antaranya cara untuk menjadi pembunuh upahan dan kaedah membunuh, melalui internet. 

"Penjenayah ini boleh dikategorikan kepada 'contract killer' iaitu amatur, semi profesional dan profesional. 

"Di negara ini, ramai yang terdiri dariada semi profesional dan apabia melakukan pembunuhan, masih meninggalkan bukti yang membantu pihak polis melakukan siasatan," katanya.

malaysiakini.com

Tiada ulasan: