27 Ogos 2013

PAS anjur Multaqa Ulama Se-Malaysia 14 Sept


20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,27 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 14 September bermula 8.00 pagi hingga 12.00 malam.


Pengarah Multaqa, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib(gambar) berkata, program tersebut bakal menghimpunkan para ulama PAS di semua peringkat dari seluruh tanah air bagi memperkasakan peranan ulama dalam mengaktifkan diri kepada masyarakat.



Katanya lagi, multaqa itu penting untuk penyatukan fikrah, kefahaman dan tindakan  para ulama ke arah yang lebih tersusun dan bersistematik. 



“Multaqa ini akan memberi suntikan semangat kepada ulama pelapis dalam memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan ulama yang terdahulu yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah,” ujarnya yang juga Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.



Katanya, konsep Multaqa Ulamak kali ini ialah ucaptama, pembentangan kertas kerja, taujihat pemimpin dan wacana dengan tajuk-tajuk semasa yang pastinya menarik perhatian semua dan kemuncaknya ceramah perdana pada sebelah malam.



Menurutnya, multaqa ini mensasarkan kehadiran semua peringkat dalam kalangan ahli Majlis Syura Ulamak PAS, ahli-ahli jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat, AJK Kerja Ulamak PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan, seluruh ulamak kawasan, ahli Dewan Ulamak PAS, tuan-tuan guru pondok, Mudir-Mudir Sekolah Agama Rakyat serta alumni lepasan Pengajian Islam dalam dan luar negara serta seluruh lapisan masyarakat sebagai pemerhati.



Katanya lagi, Datuk Dr. Haron Din selaku Timbalan Mursyidul Am PAS akan merasmikan pembukaan Multaqa Ulamak dan majlis penutup akan dilakukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.



Beliau menambah, antara yang akan turut memberikan pengisian dalam Multaqa Ulamak kali ini ialah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaaob, Datuk Dr Mahfuz Mohammad dan Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.

Tiada ulasan: