27 Ogos 2013

Hakim perbicaraan Altantuya tersilap, bekas polis tidak seharusnya dijatuhkan hukuman


20 Syawal 1434 H. [MOD] -
Pihak pendakwaan mendapati hakim perbicaraan mengetahui wujudnya kepincangan dalam keseluruhan bukti akan tetapi mengharapkan Mahkamah Rayuan untuk menggunakan kuasa istimewa mereka untuk mengekalkan hukuman terhadap bekas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

Sebaliknya, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati kedua-dua tertuduh seharusnya dibebaskan diperingkat perbicaraan. Hakim-hakim itu mengatakan pihak pendakwaan sedar hakim perbicaraan telah gagal untuk menganalisis bukti semasa perbicaraan.
Pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan membetulkan kekeliruan untuk mengekalkan hukuman akan tetapi pihak hakim tidak berjaya diyakinkan untuk berbuat demikian.
Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, yang menulis pendakwaan mengatakan pendakwaan menetapkan berlakunya pelbagai arahan daripada hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin, dan menggesa tiga panel hakim menggunakan peruntukan dalan Akta Penghakiman Mahkamah 1964 untuk memperbetulkan kesalahan.
Beliau berkata mahkamah rayuan boleh menegakkan sabitan walaupun perbicaraan hilang arah.
"Bagaimanapun, melihat kepada keseluruhan bukti dan kebarangkalian kes ini, kami melihat ianya tidak sesuai dan kes yang sesuai untuk kami mencampurinya," katanya.
Tengku Maimun berkata kebarangkalian bergantung kepada pendakwaan tidak dilakukan sepenuhnya dan rantauan saksi yang tidak lengkap.
"Kami tidak boleh mengatakan tribunal diarahkan dengan sebaiknya, berkemungkinan menghukum perayu (Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar) berdasarkan bukti yang ada.
"Mahkamah mengetepikan fakta dan bukti perayu yang menyaksikan keguguran keadilan perayu," katanya.
Beliau berkata kesan langsung tanpa sebarang arahan menyaksikan pendakwaan perayu tidak selamat.
Tengku Maimun juga berkata kes pendakwaan bergantung kepada kebarangkalian bukti.
"Ia penghakiman kita kebarangkalian bukti tidak cukup dan tidak kukuh untuk mencari kesalahan," katanya.
Tunku Maimun berkata perayu sedar kes jenayah telah dilakukan namun kebaikannya berikutan keraguan perlu diberikan kepada anggota polis.
Mahkamah Rayuan turut berkata Timbalan Supritendan Musa Safri, bekas pembantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkemungkinan bertentangan dengan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam afidavitnya yang dijadikan bukti pendakwaa.
Dan kegagalan memanggilnya terhadap kes perbicaraan bunuh menyebabkan bukti terbatal.
 Kenyataan ini adalah dipetik daripada hujah penghakiman 47 muka surat yang ditulis oleh  Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: