06 November 2013

AS tawar AS$5 juta tangkap Raja Dadah Mexico

2 Muharram 1435H. [MOD] -
AS tawar AS$5 juta tangkap Raja Dadah MexicoRafael Caro Quintero, dilihat di penjara Guadalajara pada 2005, dibebaskan pada Ogos lalu. - Foto AFP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini menawarkan AS$5 juta sebagai hadiah untuk menangkap raja dadah yang dibebaskan di Mexico selepas menjalani hukuman penjara 28 tahun kerana membunuh ejen Amerika. 

Rafael Caro Quintero, ketua mafia dan raja dadah Mexico dibebaskan Ogos lalu atas kesilapan teknikal undang-undang meskipun masih mempunyai baki 12 tahun menjalani hukuman penjara. 

Pihak Berkuasa Pentadbiran Dadah AS (DEA) berkata, pihaknya menawarkan AS$5 juta kepada sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh membawa kepada penanahan Quintero, yang didapati hilang selepas dibebaskan. 

DEA berkata, Quintero mempunyai kes tuduhan di California kerana terbabit dalam pembunuhan dan keganasan pada 1985 terhadap ejen AS, Enrique Camarena. 

“Caro Quintero adalah dalang dan orang yang merancang melakukan keganasan dan pembebasan awalnya dari penjara Mexico adalah amat mengejutkan," kata Ketua DEA, Michele Leonhart dalam satu kenyataan. - AFP

Tiada ulasan: