26 Disember 2013

Mesir isytihar Ikwanul Muslimin pertubuhan pengganas

22 Safar 1435H. [MOD] -

KAHERAH: Pemerintah tentera Mesir hari ini mengisytiharkan kumpulan Islam, Ikhwanul Muslimin yang setia kepada presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi sebagai pertubuhan 'pengganas'. 

Ketua Ikhwanul Muslimin dipersalahkan kerana secara berterusan meminta anggota pergerakan itu mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Mesir. 


Keputusan kerajaan itu dilihat sebagai tindakan untuk membasmi kumpulan yang bertanggungjawab dalam kematian lebih 1,000 orang yang kebanyakannya orang Islam akibat pertempuran di jalanan serta penahanan ribuan aktivis sejak Morsi dijatuhkan oleh tentera pada Julai lalu. 

Pengumuman itu susulan kejadian pengeboman berani mati ibu pejabat polis yang mengorbankan 15 orang, beberapa hari lalu. 

Kejadian itu dikutuk Ihwanul Muslimin namun kumpulan al-Qaeda yang berpusat di Semenanjung Sinai mengaku bertanggungjawab. 

"Semua rakyat Mesir dalam ketakutan akibat tindakan yang dilakukan Ikhwanul Muslimin pada pagi Selalu lalu apabila bom diletupan di ibu pejabat polis di  Daqhaleya," kata kenyataan yang dikeluarkan Kabinet Mesir. 


"Kerajaan membuat keputusan untuk mengisytiharkan pergerakan Ikhwanul Muslimin sebagai pertubuhan pengganas," dengan merujuk kepada fasa pengganas yang termaktub dalam Akta Kanun Keseksaan Mesir.

"Anggota yang masih bersama kumpulan atau pertubuhan ini akan diambil tindakan mengikut undang-undang," kata kenyataan itu. - AFP 


Tiada ulasan: