26 Disember 2013

Pemandu parah, 5 penumpang cedera bas ekspres rempuh lori

22 Safar 1435H. [MOD] -

Batu Pahat: Pemandu bas cedera parah, manakala lima penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki mereka merempuh bahagian belakang lori yang sedang bergerak di Kilometer 109.5 Lebuhraya Utara-Selatan, jam 5.20 pagi tadi.



Berikutan kemalangan itu, bas ekspres dan lori berkenaan terhumban ke bahagian kiri lebuhraya itu menyebabkan pemandu bas berkenan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.
Pemandu dan kesemua penumpang bas yang cedera sudah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan lanjut.BH/-

Tiada ulasan: