Pemimpin PAS itu berpendapat kenyataan Zahid itu satu serangan terbuka dan bersifat peribadi sekaligus memburukkan imej PAS.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Mohamad wajar mengambil tindakan terhadap Zahid dan menegaskan parti itu tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai ajaran Syiah yang diamalkan oleh pemimpin mereka termasuk Mohamad.
"Itu adakah serangan peribadi, Mat Sabu perlu buat sesuatu. Kita tidak akan masuk campur. Wajar Mat Sabu bertindak terhadap menteri itu.
"Kita di peringkat PAS pusat, memang tidak pernah terima apa-apa laporan setakat ini," kata Mustafa seperti yang dilapor Sinar Harianhari ini.
Dalam akhbar itu juga, Tuan Ibrahim turut menafikan ada pemimpin PAS yang mengamalkan ajaran Syiah dan kecenderungan seseorang menyokong perjuangan Islam di Iran tidak semestinya pihak itu mengamalkan ajaran Syiah.
Sambil menjelaskan bahawa PAS mempunyai mekanisme untuk mengesahkan bahawa semua pimpinan parti tidak terlibat dengan ajaran Syiah, Tuan Ibrahim berkata tindakan selanjutnya terhadap Zahid hanya akan dilakukan oleh Mohamad sendiri memandangkan ia lebih bersifat peribadi.
"Mat Sabu telah membuat pengesahan bahawa dirinya seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi kecenderungan itu (menyokong gerakan Islam di Iran) tidak bermaksud Mat Sabu mengamalkan Syiah.
Dalam laporan yang sama menyebut, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tuduhan Zahid sebagai satu tindakan biadab dan memecahbelahkan orang Melayu.
"Mereka kata Melayu kena bersatu tetapi tuduhan sebegini bukan sahaja membuktikan sebaliknya, malah dilihat mahu mengganggu kestabilan hubungan sesama umat Islam di Malaysia.
"Saya suda baca penafian yang dibuat oleh Mat Sabu dan beliau sendiri telah menyerahkan kepada peguamnya sama ada mengambil tindakan undang-undang atau sebaliknya," katanya dalam laporan itu.
Malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan