09 Disember 2013

Kelantan bantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu

5 Safar 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan konvoi kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Pahang yang terjejas teruk akibat banjir.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk membantu dua negeri jirannya itu yang merangkumi sumbangan termasuk makanan dan keperluan asas lain. Beliau berkata kerajaan negeri bersimpati dengan mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terutamanya daerah yang terjejas teruk seperti di Kuantan dan Kemaman. 


"Keadaan banjir di Terengganu kali ini merupakan sejarah yang paling buruk pernah tercatat bagi negeri itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Konvoi Kemanusiaan Untuk Mangsa Banjir di Terengganu dan Pahang, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, anggota konvoi terbabit juga akan membantu kerja pembersihan tempat penginapan, tempat kerja dan kawasan awam yang terjejas. 

Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri turut menyampaikan antara RM10,000 dan RM15,000 kepada mangsa banjir di Kelantan melalui setiap kawasan Dewan Undangan Negeri yang terjejas akibat banjir. 
- BERNAMA

Tiada ulasan: