28 Mei 2017

Pena Idham Lim 2 Ramadhan 1438H.

Pena YDP Kuala Kangsar
2 Ramadhan 1438H


Hari ini semasa hadir dan melancar Program Ijtimak Muslimat dan Pelancaran Amilin Muslimat Kuala Kangsar, saya menemui beberapa orang muslimat yang sudah begitu lanjut usianya masih hadir meramaikan majlis tersebut.

Begitu sekali mereka istiqamah untuk terus hadir program parti walaupaun ramai mereka yang seusia itu sudah jarang keluar dari rumah apa lagi berada dalam program yang berlanjutan sehingga 4 jam.

Mereka adalah muslimat contoh Kuala Kangsar, mereka adalah ibu kita, mereka menjadi contoh untuk kita semua yang masih berumur muda belia. Jadikanlah mereka sebagai peniup semangat untuk terus berbakti diusia dan tenaga yang masih gagah dan perkasa.

Tiada ulasan: