31 Mei 2017

Pena YDP Kuala Kangsar4 Ramadhan 1438H

Pena YDP Kuala Kangsar
4 Ramadhan 1438H


Selepas 4 hari kita berpuasa, marilah kita bermuhasabah adakah kita termasuk dalam golongan yang membazir dalan makan dan minum kerana orang yang membazir dipersaudarakan dengan syaitan. Seperti firman Allah :- 

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

Oleh itu bersederhanalah dalam membeli makanan. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu. Dan sentiasa beringat dalam membeli dan menyediakan juadah sepanjang Ramadhan.

Sejahtera Bersama Islam.

Tiada ulasan: