29 Julai 2021

Kerajaan masih ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen

 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen yang bersama-sama kerajaan hari ini.

Penegasan itu dibuat Ismail Sabri dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan, berkata justeru rakyat diharap bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan diminta bersama-sama berdoa supaya kemelut politik berakhir dengan segera.

"Saya menjunjung akan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.

"Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BH/-

Tiada ulasan: