04 Ogos 2021

Awas! Jangan jadi pangkalan atau proksi kuasa asing

 

SEJARAH pertembungan kuasa besar sering kali menjadikan tanah jajahannya sebagai pangkalan hadapan bagi menghadapi pihak musuh. Ia merupakan strategi yang sering kali digunakan dalam sejarah perang dunia bagi mengelak tanah airnya sendiri daripada menjadi sasaran secara langsung.



Perang Dunia Kedua adalah iktibar paling dekat, walaupun sudah berlalu lebih setengah abad. Utara Afrika, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik dipilih oleh pihak Berikat dan sekutunya sebagai medan perang atau tempat ujian senjata dalam menghadapi Jerman, Jepun dan Itali.

Risiko korban kalah atau korban menang di pihak Berikat bukan daripada kaum bangsa mereka sendiri, tetapi statistik menunjukkan mangsa korban yang paling ramai adalah anak negeri jajahan, sama ada rakyat yang dikerah menjadi tentera penjajah atau rakyat umum.

Bagi Tanah Melayu dan kini Malaysia telah menjadi pengkalan hadapan dan medan perang kepada British ketika menghadapi serangan Jepun. Rakyat tanah air kita menjadi mangsa perang yang lebih ramai dan parah sehingga mengorbankan askar bukan bangsa British yang dikerah menjadi tenteranya. Rakyat juga menghadapi kesan ekonomi yang paling menghimpit kehidupan mereka.


Tiada ulasan: