04 Ogos 2021

Suhu permukaan tanah lepasi 50 darjah Celsius

 Peta diterbit ESA menunjukkan tompokan ‘sangat merah’ di sejumlah besar kawasan rantau Turki dengan meliputi Cyprus, semalam. - FOTO AFP

Peta diterbit ESA menunjukkan tompokan ‘sangat merah’ di sejumlah besar kawasan rantau Turki dengan meliputi Cyprus, semalam. - FOTO AFP

PARIS: Gelombang haba tinggi yang sedang melanda Turki dan Cyprus, menyaksikan suhu permukaan tanah meningkat hingga melepasi 50 darjah Celsius untuk kali kedua dalam tempoh sebulan, kata Agensi Angkasa Eropah (ESA), semalam.

Keadaan bertambah kritikal apabila Turki terpaksa bergelut dengan kebakaran hutan terburuk dalam tempoh beberapa dekad, apabila api marak terus menjilat kawasan pantai Mediterranean dan Aegean sejak seminggu lalu.

Kebakaran hutan yang melanda Turki. - FOTO AFP
Kebakaran hutan yang melanda Turki. - FOTO AFP

Negara jiran, Greece memaklumkan, rekod gelombang haba yang dicatatkannya pula adalah berkait dengan perubahan iklim.

Kebakaran hutan di Athens, Greece. - FOTO AFP
Kebakaran hutan di Athens, Greece. - FOTO AFP

"Suhu permukaan di Turki dan Cyprus jelas mencecah lebih 50 darjah Celsius, sekali lagi," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Peta sebelum ini yang dikeluarkan bersama data daripada satelit Copernicus Sentinel-3, turut menunjukkan imej serupa pada 2 Julai lalu.

Kepulan asap tebal akibat kebakaran hutan, dilihat menyelubungi Dekelia di utara Athens, Greece, semalam. - FOTO AFP
Kepulan asap tebal akibat kebakaran hutan, dilihat menyelubungi Dekelia di utara Athens, Greece, semalam. - FOTO AFP

"Ramalan cuaca menggunakan jangkaan suhu udara, berbanding instrumen satelit ini yang mengukur jumlah sebenar tenaga terpancar dari bumi dan menggambarkan suhu sebenar permukaan tanah," katanya.

Suhu permukaan tanah adalah berbeza - dan lazimnya lebih ekstrem - daripada suhu udara yang dimasukkan dalam laporan cuaca.

Di Turki, suhu melebihi 40 darjah Celsius mencengkam bahagian selatan, menyebabkan penggunaan elektrik melonjak sehingga mencetuskan gangguan bekalan tenaga itu di beberapa bandar termasuk Ankara dan Istanbul, kelmarin.

Menurut saintis, gelombang haba semakin banyak melanda seluruh dunia susulan perubahan iklim, dan diramal bertambah kerap serta buruk sejajar peningkatan suhu global. - AFP

ESA turut menerbitkan satu peta rantau terbabit dengan meliputi Cyprus, yang menunjukkan tompokan 'sangat merah' di sejumlah besar kawasan.

Tiada ulasan: