04 Ogos 2021

Lebih 22 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat Selasa


KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,152,367 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Selasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,711,532 orang menerima suntikan dos pertama, manakala 7,440,835 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 45 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22.8 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 483,368 dos diberikan pada Selasa dengan 240,394 adalah pemberian dos pertama, manakala 242,974 lagi adalah dos kedua. - Bernama


4 ulasan:

Unknown berkata...

Terbaik

Unknown berkata...

Terbaik

Unknown berkata...

Terbaik

Unknown berkata...

Alhamdulillah..Terbaik