27 September 2021

Penghantar makanan berjaya tamatkan PhD tarik perhatian

 KISAH Mohd. Akmal Azhar viral dalam media sosial.

PETALING JAYA: Kisah seorang penghantar makanan, Mohd. Akmal Azhar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) mencuri tumpuan orang ramai khususnya netizen setelah kagum dengan kegigihan lelaki tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh orang ramai menerusi hantaran Facebook masing-masing setelah berita itu tular dalam media sosial.

Rata-rata orang ramai kagum dengan pengorbanan lelaki Mohd. Azhar untuk menyiapkan PhD disamping mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Terdahulu, tular gambar Mohd Azhar dengan menunjukkan tesis PhD yang dijalankan di Universiti Malaysia Pahang di samping memakai pakaian seorang penghantar makanan bersama motosikal dnaiki.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dalam Facebooknya mengucapkan ucapan Alhamdulillah kerana akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian PhD setelah empat tahun berhempas-pulas menyiapkan tesis itu.

“Terima kasih yang tidak terhingga penyelia, Prof Mimi Sakinah atas segala ilmu dan tunjuk ajarnya.Terima kasih juga kepada emak dan ayah atas dorongan dan doa, tanpa doa dari mereka mustahil rasanya untuk selesaikan pengajian ni.

“Terima kasih juga kepada isteri yang tercinta kerana sangat menyokong dan memahami hidup sebagai seorang pelajar. Terlalu banyak duri dan ranjau yang perlu diharungi sepanjang empat tahun ini. Alhamdulillah,Terima kasih Allah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: