17 September 2021

Ronaldo terus jadi tumpuan

 


London: Semua mata akan tertumpu sekali lagi kepada kelibat Cristiano Ronaldo ketika Manchester United berusaha untuk bangkit daripada kekalahan mengejut dalam saingan Liga Juara-Juara kepada Young Boys apabila pendahulu Liga Perdana itu berdepan West Ham, Ahad ini.
Chelsea yang kini di belakang United hanya dibezakan dengan jaringan gol akan terus berusaha meneruskan aksi permulaan tanpa kalah di London pula akan bertemu Tottenham.

Liverpool dan Manchester City dijangka tidak berdepan masalah apabila melayan kunjungan Crystal Palace dan Southampton di Anfield dan Etihad, esok.

Namun tekanan pastinya dirasai oleh pengendali Arsenal, Mikel Arteta apabila mereka akan berdepan Burnley.

Ole Gunnar Solskjaer menuntut barisan pemain untuk optimis selepas apa yang berlaku di Bern.

Pasukan Solskjaer menang tiga dari empat perlawanan pertama mereka dan masih kekal dengan rekod tanpa kalah dalam kempen Liga Perdana termasuk kemenangan ke atas Newcastle yang diilhamkan oleh Ronaldo ketika kembalinya bintang Portugal itu ke Old Trafford minggu lalu.

Ronaldo menjadi sasaran sekali lagi di Bern namun terpaksa mengalah selepas Aaron Wan-Bissaka dilayangkan merah yang menyaksikan mereka tewas kepada pasukan bawahan dalam kumpulan Liga Juara-Juara.

"Sikap kami seperti yang anda harapkan, fokus dan sedikit kecewa namun tidak terlalu kecewa. Ia satu keputusan yang mengecewakan tapi kami perlu bangkit menjadi lebih baik," kata Solskjaer.

Tiada ulasan: