23 November 2021

3 lagi 'marshal' serah diri

 Setakat ini 5 marshal ditahan berkaitan video tular tindakan mereka menahan kenderaan awam di lampu isyarat. - Foto tular

Setakat ini 5 marshal ditahan berkaitan video tular tindakan mereka menahan kenderaan awam di lampu isyarat. - Foto tular

PORT DICKSON: Tiga lagi 'marshal' motosikal berkuasa tinggi yang membuat kawalan dan memberhentikan kenderaan awam di lampu isyarat Sua Betong Port Dickson 20 November lalu menyerah diri petang tadi.

Video 70 saat menunjukkan aksi marshal berkenaan tular di media sosial. Mereka menahan kenderaan awam lain bagi memberi laluan konvoi motosikal berkuasa tinggi melalui lampu isyarat untuk ke Bulatan Sunggala Telok Kemang dari Lebuh Raya Seremban - Port Dickson (SPDH).

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata tiga lelaki berkenaan hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson jam 3.40 petang untuk serah diri.

"Tiga lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori masing-masing berumur 27, 30 dan 48 Tahun ditahan sejurus menyerah kepada pihak polis," katanya dalam kenyataan

Katanya, turut dirampas motosikal berkuasa tinggi jenis kawasaki GTR 1400 CC, Harley Davidson dan Yamaha Tracer 900 GT, sehelai vest hijau serta beberapa item yang diguna ketiga-tiga lelaki berkenaan dalam rakaman video berkenaan.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan di tahan di Balai Trafik IPD Port Dickson bagi siasatan lanjut.

"Dengan tangkapan terbaru menjadikan keseluruhan tangkapan seramai lima orang selepas dua rakan mereka ditahan.

"Sebelum ini, dua rakan mereka ditahan di rumah masing-masing di kawasan sekitar Port Dickson dan Bandar Springhill," katanya.

BHARIAN.

Tiada ulasan: