25 November 2021

82.8% populasi remaja negara lengkap divaksin

 

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.

KUALA LUMPUR: Seramai 2,607,392 atau 82.8% daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 2,762,739 individu atau 87.7% daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula seramai 22,442,346 individu atau 95.9% lengkap divaksinasi manakala 22,944,240 atau 98% individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap serta 125,257 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.

Tiada ulasan: