25 November 2021

Antilompat parti, had tempoh jawatan PM ke Parlimen sebelum Julai

 (Gambar fail) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - FOTO BERNAMA

(Gambar fail) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perundangan berkaitan akta antilompat parti dan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, akan dibawa ke Parlimen sebelum Julai tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kedua-dua perkara itu memerlukan kajian dan sesi libat urus yang terperinci, sekali gus tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

"Mesyuarat pada 30 September lalu yang membabitkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Peguam Negara dan pihak berkepentingan lain, bersetuju bahawa perkara itu perlu dikaji lebih teliti, terutama dari segi parameter, kandungan dan implikasi pindaan terbabit.

"BHEUU bersama Jabatan Peguam Negara serta pihak berkepentingan lain akan mengkaji perkara itu, dan dapatan awal akan dikemukakan kepada saya pada penghujung bulan ini," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berhubung perkembangan terkini Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani pada 13 September lalu.

BHARIAN.

Tiada ulasan: