14 November 2021

COVID-19: 5,162 kes baharu

 Foto hiasan

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini kekal menunjukkan trend penurunan apabila sejumlah 5,162 kes direkodkan hari ini berbanding 5,809 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,546,309 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Angka penularan COVID-19 di negara ini kembali di bawah 6,000 kes selepas melepasi angka berkenaan tiga hari berturut-turut sejak Rabu lalu.

Tiada ulasan: