14 November 2021

Rt COVID-19 terus melonjak, Putrajaya catat nilai tertinggi

 Foto FB Dr Noor Hisham

Foto FB Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 negara merekodkan kepada 1.05 setakat, semalam.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter rasminya, hari ini, Putrajaya mencatatkan kadar Rt tertinggi, melebihi nilai kebangsaan iaitu 1.20.

Lima lagi negeri turut mencatatkan kadar Rt membimbangkan iaitu Kelantan dengan 1.00, Pahang (1.01), Negeri Sembilan (1.03), Selangor (1.04), dan Kuala Lumpur (1.05).

Sementara itu, negeri lain turut menunjukkan peningkatan kadar Rt, kecuali Wilayah Persekutuan Labuan yang hanya merekodkan 12 kes, semalam.

Sarawak mencatatkan kadar Rt terendah setakat semalam iaitu 0.87, diikuti Perak dengan 0.92, Terengganu (0.93), Pulau Pinang (0.94).

Selain itu, kadar Rt di Kedah adalah 0.96, manakala Perlis, Sabah dan Melaka, masing-masing merekodkan bacaan 0.97.

Peningkatan semula kadar Rt direkodkan sejak Khamis lalu, apabila ia naik kepada 1.0, kemudian melonjak kepada 1.04 pada Jumaat.

Untuk rekod, kes baharu COVID-19 di seluruh negara mencatatkan peningkatan melebihi 6,000 kes selama tiga hari berturut-turut sejak Rabu lalu dengan 6,243 kes dicatatkan, kemudian pada Khamis, sebanyak 6,323 kes dan Jumaat (6,517 kes).

Bagaimanapun, semalam, angka kes COVID-19 menurun semula kepada 5,809 kes dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 2,541,147 kes.

BHARIAN.

Tiada ulasan: