14 November 2021

Gunung Merapi meletus tujuh kali dalam tempoh enam jam

 


YOGYAKARTA: Hasil pemantauan Balai Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) merekodkan Gunung Merapi meletus sebanyak tujuh kali dalam tempoh enam jam terakhir.

Ketua BPPTKG Yogyakarta, Hanik Humaida berkata, jarak pengaliran lahar dalam setiap letusan dianggarkan 1,500 meter dan kesemuanya mengalir ke arah barat daya.

Keadaan cuaca di kawasan Merapi dilaporkan mendung dan berawan.

“Berdasarkan hasil pemantauan itu, aktiviti Gunung Merapi ketika ini masih di Tahap Tiga.

“Letusan kuat berpotensi berlaku sekiranya aktiviti semasa berterusan dalam jangka panjang,” kata Hanik.

Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan supaya tidak mendekawati kawasan gunung berapi tersebut bagi mengelak insiden tidak diingini.

UTUSAN.

Tiada ulasan: