05 November 2021

Tiga daerah di Sabah bertukar zon jingga

 

KOTA KINABALU: Tiga daerah telah bertukar menjadi zon jingga sekali gus menjadikan jumlah zon merah di Sabah menunjukkan trend penurunan, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata daerah terbabit adalah Semporna, Tongod dan Kunak.

"Daerah Kalabakan pula telah bertukar menjadi zon kuning," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Masidi berkata, terdapat penurunan kecil kes COVID-19 di negeri itu semalam iaitu sebanyak 655 kes, berbanding Rabu lepas yang mencatatkan 675 kes.

"Sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan kes dengan lima daripadanya

merekodkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan sebanyak 6 kes, Kota Belud (44); Sandakan (10); Kota Kinabalu (69) dan Kota Marudu (40) kes.

"Selain itu 12 daerah lagi mencatatkan peningkatan dengan enam daerah menunjukkan jumlah agak tinggi iaitu Tuaran sebanyak 59 kes, Putatan (32); Tawau (19); Pitas (33); Ranau (71) dan Penampang (41) kes," katanya.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri, berkata sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam.

"Kes kematian masing-masing mencatatkan satu kes membabitkan daerah Sipitang, Kunak dan Penampang.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 378 menjadikan jumlah kumulatif 208,950 orang," katanya.

BHARIAN.

Tiada ulasan: