05 November 2021

Waspada panggilan palsu tajaan dana haji

 

Tabung Haji

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang membuat panggilan telefon untuk menawarkan sebarang bentuk dana bagi mengerjakan haji.

TH dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan bahawa terdapat individu yang membuat panggilan dengan menawarkan dana yang membolehkan pendeposit menunaikan haji dengan cepat.

“Pemilihan giliran menunaikan haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran yang mana yang dahulu akan didahulukan.

“TH tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah, ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji mahupun pakej haji,” katanya.

Justeru, TH berharap orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima sebarang tawaran dana bagi urusan haji daripada pihak yang tidak dikenali.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pusat talian TH di talian 03-62071919.- K! ONLINE

Tiada ulasan: