31 Disember 2021

3,573 kes positif baharu

 

KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan kembali menurun apabila sebanyak 3,573 kes direkodkan hari ini berbanding 3,997 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 2,758,086 kes.

"Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my," katanya menerusi Twitter, hari ini.

Tiada ulasan: