31 Disember 2021

Delta, Omicron pencetus gelombang ganas COVID-19 tahun 2022

 

Oleh MELATI MOHD ARIFF

BERIKUT adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 25 Dis hingga pukul 12.30 tengah hari 31 Dis 2021.


Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.75 juta kes. Di peringkat global, lebih 286 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.4 juta. Lebih 253 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR: Delta dan Omicron, dua varian yang dilaporkan punca semakin merebaknya kes COVID-19 akhir-akhir ini, ditakuti mencetuskan ‘gelombang ganas’ di tahun 2022, yang boleh menghuru-harakan sistem penjagaan kesihatan.

Kegusaran ini disuarakan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media dalam talian Rabu lepas, ketika dunia masih bergelut dengan pandemik COVID-19, koronavirus yang pertama kali dikesan di Wuhan, China, dua tahun lalu.

Data global terkini menunjukkan COVID-19 yang sudah bermutasi kepada pelbagai varian ini termasuk Delta dan Omicron, kembali merebak terutamanya di Amerika Syarikat dengan angka kes harian baharu lebih 400,000 kes dan Benua Eropah, sementara jumlah kes global setakat ini lebih 285 juta dan lebih lima juta nyawa melayang.

Menurut perangkaan pertubuhan dunia itu, untuk tempoh seminggu (20 Dis-26 Dis 2021) sahaja, sebanyak 4.99 juta kes baharu dilaporkan, sementara, data yang dikumpul agensi berita AFP untuk tempoh 22 Disember hingga 28 Disember 2021 sebanyak 6.51 juta kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia.

Beberapa negara mengumumkan langkah berikutan laporan WHO seperti Arab Saudi mulai semalam (30 Disember) menjadikan mandatori pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal untuk mereka yang melaksanakan ibadah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Brunei pula dilaporkan mengeluarkan semua negara yang sebelum ini terkandung dalam Senarai Laluan Hijau dan berkuatkuasa 1 Januari 2022, tiada lagi negara dalam senarai berkenaan.

Dalam negara, rakyat Malaysia yang kembali daripada mengerjakan umrah diwajibkan memakai peranti pengesanan digital. Peraturan ini sebelum ini dikuatkuasakan untuk pengembara yang kembali dari 18 negara berisiko tinggi di bawah pengawasan kuarantin rumah.

Negara berisiko tinggi itu adalah Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Norway, Perancis, Denmark, Kanada, Nigeria, India, Arab Saudi, Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.

Angka kes harian baharu COVID-19 di Malaysia kembali meningkat atas tiga ribu kes dan sehingga pukul 12:00 tengah hari Khamis, 30 Dis 2021, sebanyak 3,997 kes dilaporkan, menjadikan kumulatif kes COVID-19 sebanyak 2,754,513 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara, setakat pukul 11:59 malam, 30 Dis 2021 adalah sebanyak 45,983 kes. Sebanyak 34 lagi kes kematian dilaporkan setakat pukul 11:59 malam 30 Dis 2021, meningkatkan jumlah kematian akibat COVID-19 kepada 31,462 kes.

Sepanjang tempoh Rangkuman ini, kes import turut menunjukkan peningkatan tiga angka iaitu seperti berikut:-

25 Dis –  156 kes ( (150 warganegara; 6 bukan warganegara);

26 Dis –  129 kes (124 warganegara; 5 bukan warganegara);

27 Dis –  163 kes (151 warganegara; 12 bukan warganegara);      

28 Dis –  192 kes (178 warganegara; 14 bukan warganegara);   

29 Dis –   239 kes (219 warganegara; 20 bukan warganegara);

30 Dis –   366 kes (335 warganegara; 31 bukan warganegara);

Untuk rekod, setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat kluster import melibatkan jemaah umrah iaitu dua di Johor ( 27 Dis – kluster Serom 5 Hilir Tangkak Saudi dan 29 Dis – kluster Jalan Permatang Enam Saudi dan dua lagi di Pahang (28 Dis – kluster Jengka 25 Saudi dan 29 Dis –  kluster Keratong 5 Saudi).

Sementara itu, KKM setakat 30 Dis 2021 turut mengesan sebanyak 442 kes positif dikesan dalam kalangan mangsa banjir dan 15 kes positif di Pusat Penempatan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir.

Data kes harian baharu bagi tempoh Rangkuman Mingguan ini, seperti berikut:-

25 Dis (3,160 kes), 26 Dis (2,778 kes), 27 Dis (2,757 kes), 28 Dis (2,897 kes), 29 Dis (3,683 kes) dan 30 Dis (3,997 kes).

Dengan kes kumulatif 2,754,523 kes, Malaysia kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Filipina (2,841,260 kes) dan Netherlands (3,116,039 kes).

Daripada 3,997 kes baharu yang diumumkan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 64 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 3,933 kes (98.4 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5.  Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 3,984 kes pesakit COVID-19 diumumkan sembuh semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,681,390 kes (97.3 peratus).

Sebanyak 213 kes yang disahkan COVID-19, memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 77 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt sepanjang tempoh Rangkuman ini masih bawah 1.00, seperti berikut:-

25 Dis (0.88), 26 Dis (0.90), 27 Dis (0.93), 28 Dis (0.93), 29 Dis (0.95 ) dan 30 Dis (0.98).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 30 Disember ialah Kelantan 1.05, Terengganu 1.01 dan Melaka 0.98.

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Perkembangan lain dalam negara

Menurut perincian kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 45,983 kes, mengikut data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm, 30 Dis 2021, seperti berikut:-

Kuarantin di rumah – 38,844 kes (84.5 peratus);

Rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) – 3,326 kes (7.2 peratus);

Rawatan di hospital – 3,532 kes (7.7 peratus);

Rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa Alat Bantuan Pernafasan (ABP) – 126 kes (0.3 peratus);

Rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan perlu Alat Bantuan Pernafasan (ABP) – 155 kes (0.3 peratus).

Perincian kes harian baharu ( 3,997 kes)  mengikut negeri setakat pukul 11:59mlm 30 Dis 2021 adalah seperti berikut:-  (+ kes import)

K​​​​es harian baharu tiga angka – Johor 397 (+36), Kelantan 192 (+49), Melaka 246 (+8), Negeri Sembilan 229 (+10), Pahang 220 (+6), Perak 191 (+18), Pulau Pinang 254 (+74), Sabah 362 (+63), Sarawak 220 (+23), Selangor 910 (+55), Terengganu 200 (+7) dan WP Kuala Lumpur 148 (+13).

Kes harian baharu dua angka – Kedah 24, Perlis 21 (+4), WP Putrajaya (10) dan WP Labuan (10).

Setakat 30 Dis 2021, jumlah kluster aktif di Malaysia kini sebanyak 221 kluster. Untuk rekod, sebanyak 6,123 kluster dikesan di negara ini dan sebanyak 5,902 kluster daripadanya, ditamatkan.

Sebanyak 25 kluster baharu dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (25 Dis hingga 30 Dis 2021) . Kluster paling banyak dikesan adalah kluster tempat kerja sebanyak 13 kluster (52 peratus).

Senario wabak COVID-19 di Malaysia (25 Dis – 30 Dis 2021)

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

25 Dis (45,591 kes), 26 Dis (44,815 kes), 27 Dis (42,917 kes), 28 Dis (42,357 kes), 29 Dis (41,682 kes) dan 30 Dis (45,983 kes).

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 3,160 kes harian yang dilaporkan pada 25 Dis 2021;

66 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,094 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,778 kes harian yang dilaporkan pada 26 Dis 2021; 60 kes (2.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 2,718 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,757 kes harian yang dilaporkan pada 27 Dis 2021; 40 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 2,717 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 2,897 kes harian yang dilaporkan pada 28 Dis 2021; 50 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 2,847 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,683 kes harian yang dilaporkan pada 29 Dis 2021; 56 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,627 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 3,997 kes harian yang dilaporkan pada 30 Dis 2021; 64 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 3,933 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

25 Dis (4,421 kes), 26 Dis (3,539 kes), 27 Dis (4,620 kes), 28 Dis (3,434 kes), 29 Dis (4,322 kes) dan 30 Dis (3,984 kes).

* kes kumulatif sembuh sehingga 30 Dis 2021 sebanyak 2,681,390 kes (97.3 peratus).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

25 Dis – Kes baharu : 3,160 kes (2,738,401 kes kumulatif); Kes import : 156 kes (150 warganegara; 6 bukan warganegara); Kes tempatan : 3,004 kes [2,877 warganegara (95.8%); 127 bukan warganegara (4.2%)];

26 Dis – Kes baharu : 2,778 kes (2,741,179 kes kumulatif); Kes import : 129 kes (124 warganegara; 5 bukan warganegara); Kes tempatan : 2,649 kes [2,532 warganegara (95.6%); 117 bukan warganegara (4.4%)];

27 Dis – Kes baharu : 2,757 kes (2,743,936 kes kumulatif); Kes import : 163 kes (151 warganegara; 12 bukan warganegara); Kes tempatan : 2,594 kes [2,502 warganegara (96.5%); 92 bukan warganegara (3.5%)];

28 Dis – Kes baharu : 2,897 kes (2,746,833 kes kumulatif); Kes import : 192 kes (178 warganegara; 14 bukan warganegara); Kes tempatan : 2,705 kes [2,577 warganegara (95.3%); 128 bukan warganegara (4.7%)];

29 Dis – Kes baharu : 3,683 kes (2,750,516 kes kumulatif); Kes import : 239 kes (219 warganegara; 20 bukan warganegara); Kes tempatan : 3,444 kes [3,325 warganegara (96.5%); 119 bukan warganegara (3.5%)];

30 Dis – Kes baharu : 3,997 kes (2,754,513 kes kumulatif); Kes import : 366 kes (335 warganegara; 31 bukan warganegara); Kes tempatan : 3,631 kes [3,516 warganegara (96.8%); 115 bukan warganegara (3.2%)].

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

25 Dis – 25 kes (BID 4), 26 Dis – 19 kes (BID 3), 27 Dis – 35 kes (BID 6), 28 Dis – 23 kes (BID 4), 29 Dis – 36 kes (BID 2) dan 30 Dis – 34 kes (BID 11).

*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 30 Dis 2021 sebanyak 31,462 kes.

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:-

25 Dis – 3 kluster  (kluster tempat kerja 2 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);

26 Dis – 2 kluster ( kluster tempat kerja 2);

27 Dis – 7 kluster ( kluster tempat kerja 3, kluster komuniti 3 dan kluster import 1);

               * kluster import –   Kluster Serom 5 Hilir Tangkak Saudi (Johor)

28 Dis – 4 kluster (kluster komuniti 1, kluster pendidikan 1, kluster import 1 dan kluster kumpulan berisiko tinggi 1);                      

              * kluster import – Kluster Jengka 25 Saudi (Pahang)

29 Dis – 6 kluster (kluster tempat kerja 4 dan kluster import 2).

              * kluster import – Kluster Keratong 5 Saudi (Pahang)

              * kluster import – Kluster Jalan Permatang Enam Saudi (Johor)

30 Dis – 3 kluster (kluster tempat kerja 2 dan kluster komuniti 1).

Statistik global Covid-19

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 286,858,755 kes (Rangkuman Minggu lalu 278,681,417 kes) dengan 5,445,958 kematian (Minggu lalu 5,356,435 kematian). Kes pesakit sembuh 253,158,707 kes (Minggu lalu 249,458,566 kes).

 Sebanyak 222 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Rusia, Perancis,Turki, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Iran.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 55,246,781 kes (845,737 kematian);

India 34,837,710 kes (480,860 kematian);

Brazil 22,277,239 kes (619,024 kematian);

United Kingdom 12,748,050 kes (148,421 kematian);

Rusia 10,479,344 kes (307,948 kematian);

Perancis 9,740,600 kes (123,552 kematian);

Turki 9,441,764 kes (82,198 kematian);

Jerman 7,142,982 kes (112,512 kematian)

Sepanyol 6,294,745 kes (89,405 kematian);

Iran 6,192,698 kes (131,572 kematian);

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 115 dengan 102,083 kes dan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Kampuchea dan Laos, turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

Indonesia di tangga 14 – 4,262,540 kes (144,088 kematian);

Filipina di tangga 20 – 2,841,260 kes (51,373 kematian);

Thailand di tangga 24 – 2,223,435 kes (21,698 kematian);

Vietnam di tangga 31 – 1,714.742 kes (32,168 kematian);

Myanmar di tangga 65 – 530,645 kes (19,265 kematian);

Singapura di tangga 88 – 279,061 kes (827 kematian);

Kampuchea di tangga 110 – 120,487 kes (3,012 kematian);

Laos di tangga 112 – 110,054 kes (360 kematian);

Brunei di tangga 167 – 15,470 kes  (98 kematian).

Ruangan sisi

Latar belakang COVID-19

– Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

– Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

– Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

– WHO memberi nama rasmi virus “2019-nCoV” iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

– Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.

– Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

– WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

– Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.

– Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression. 

– Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

– Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.

– Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).

– Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan  70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.

– Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai “501Y.V2”. pada awal Oktober 2020.

– Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117),  Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

– WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

– Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).

– Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

– Kes kumulatif COVID-19 Malaysia mencecah sejuta pada Ahad 25 Julai 2021 iaitu 1,013,438 kes. Kali pertama Malaysia dilanda kes harian lima angka ialah pada 13 Julai 2021 iaitu 11,079 kes.

– WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan. – BERNAMA 

Tiada ulasan: